Transformasikan Pengangkutan Awam Darat yang Cekap, Lestari, dan Berdaya Saing
TPAD adalah sebuah persatuan yang berperanan untuk menyokong, memajukan, dan merancang transformasi dalam sektor pengangkutan awam darat. Kami komited dalam memperkenalkan inisiatif dan teknologi terkini bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia.

Latar Belakang
SEJARAH PENUBUHAN
TPAD ditubuhkan pada 22 August 2024 (No Pertubuhan : PPM-096-10-26082024) dengan tujuan untuk menyatukan pihak berkepentingan dalam sektor pengangkutan awam darat, termasuk pihak kerajaan, pengendali pengangkutan, dan masyarakat awam, bagi mencapai penyelesaian yang inovatif dan lestari.
MISI
1) Pelarasan Harga kepada semua sektor
E-hailing/Lalamove/Transporter
2) Insurans E-Hailing perlu diserap oleh
Platform/E-hailing atau Gov Subsidi
3) Hapuskan Sistem Auto-Accept -Introduce - Individual Assign Accept (I.A.A)
4) Menurunkan kadar komisen dengan kadar yang berpatutan atau kepada langganan bulanan
VISI
Transformasikan Sistem Pengangkutan yang sedia ada dan menjaga Kebajikan Hal Ehwal Pemandu / Pekerja / Transporter dari semua sektor Pengangkutan Awam Darat
Inisiatif & Program
Manfaat & Kebajikan Ahli Persatuan TPAD
Info lanjut..
- Manfaat & Kebajikan
- Untuk Mendapat Perlindungan Hak Pemandu Income – Gaji atau komisen yang adil/
- Keselamatan/Kesihatan terjamin
- Penyelarasan dengan syarikat E-hailing untuk sokongan sosial
- Faedah secara Kolektif bagi kos servis kenderaan/Insurance/dan pelbagai Program mengikut kapasiti Persatuan
- Membantu Mengukuhkan Hubungan antara Pemandu, Pihak Berkuasa dan Masyarakat Umum
Latihan & Pembangunan
Info lanjut..
- Kami menyediakan kemas kini dan faedah untuk pemandu kami
- Memperkenalkan Pembangunan Latihan – Tingkatkan Pendapatan secara konsisten
- Pembantu Pemimpin apabila Diperlukan
Menyelesaikan Isu Teknikal Aplikasi
Info lanjut..
- Auto – Terima kepada Terima Manual ( Teksi Sahaja)
- Amaun Tunai keluar yang besar tidak dikreditkan
- Job TIDAK Diterima
- JOB ditangguh kerana Latihan & Jawapan
- Inter-Change City (OKU)
- Hentikan potongan komisen (6 bulan ke atas)
Fahami kepuasan dan cabaran pengguna semasa dengan pengangkutan awam
Info lanjut..
Kumpulkan pandangan daripada pemandu dan pengendali untuk penambahbaikan
Kerjasama dengan Pemain Pasaran Sektor GIG
Info lanjut..
1. Latihan dan Pensijilan Pemandu
Pembangunan Kemahiran:
Bekerjasama dengan platform gig (cth., perkhidmatan pengangkutan, penghantaran) untuk menyediakan latihan khusus untuk pemandu dalam bidang seperti perkhidmatan pelanggan, keselamatan dan kecekapan. Program Pensijilan: Membangunkan program pensijilan jenama bersama yang mengesahkan kepakaran pemandu, meningkatkan kredibiliti dan kebolehpasaran mereka merentas platform.
2. Advokasi untuk Dasar Adil
Pampasan Adil:
Bekerjasama dengan platform gig untuk menyokong struktur pembayaran yang telus dan adil. Hak Pemandu: Bekerjasama untuk memperbaiki keadaan kerja, seperti insurans, cuti berbayar atau faedah persaraan untuk pekerja gig.
Persatuan TPAD Terbuka kepada semua golongan pemandu

E-hailing

P-hailing

Delivery Riders

Bas

Lori

Van

Teksi

Kereta Sewa
Aktiviti & Informasi
Kegiatan Ekonomi TPAD
Boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa , memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. TPAD juga perlu ada penjanaan Ekonomi bagi menyokong segala Kos Operasi TPAD.
Mensyuarat Agung Tahunan
1) Akan diadakan dalam tempoh 12 bulan
2) Setiausaha akan hantar jemputan 14 hari
sebelum mesyuarat tahunan
3) Pemilihan juru audit / AJK
Sumber Kewangan TPAD
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan , termasuklah belanja pentadbiran , bayaran gaji , biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit
Larangan & Informasi
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi didalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
Larangan & Informasi
Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaan dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja pertubuhan.
Berita
TPAD tuntut hapuskan sistem auto-accept dalam e-hailing
Semak semula kadar komisen pemandu e-hailing
Video
Soalan-soalan Lazim
- PERLINDUNGAN HAK PEMANDU – GAJI/KOMISEN YANG ADIL
- SOKONGAN KESELAMATAN/KESIHATAN
- PENYELARASAN DENGAN SYARIKAT E-HAILING/DL
- SOKONGAN SOSIAL
- FAEDAH KOLEKTIF
- MEMBANTU MENGUKUHKAN HUBUNGAN ANTARA PEMANDU, PIHAK BERKUASA DAN MASYARAKAT
UMUM - MENGENDALI MASALAH SPECIFIC HAL EHWAL E-HAILING TPAD MEMBERS
YA , TPAD MEMPUNYAI KOS OPERASI- BAYARAN KEPADA AJK/LEADER/SUKARELAWAN TPAD :
- ELAUN PERKHIDMATAN KHAS
- PERALATAN ADMIN
- URUSAN LEGAL
- MARKETING COST
- MAINTENANCE OF NETWORK (INTERNET USAGE)
- DATA ENTRY (MAINTAINING DATABASE MEMBERS)
- CONTENT CREATOR IN SOCIAL MEDIA – EDITING ,
SHOOTING SCRIPT WRITING - MESYUARAT AGUNG
- PENGURUSAN & PENTADBIRAN
- HANDLING OUR MEMBERS ISSUE
Ya , Dibenarkan menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan ( Perlu diisytiharkan dengan Jelas dan Tepat dalam Penyata Tahunan)
- Tempoh :1 Tahun
- Yuran Pendaftaran : RM10.00
- Yuran Bulanan : RM3.00 x 12
- Perlu dikutip sekali setahun
- Total : Rm10 + Rm36 = RM46.00
Memberitahu TPAD – Official No – 14 hari sebelum keluar
– Perlu beritahu – sebab yang wajar
– Exit Group secara tiba-tiba – SESUATU YANG DIAMBIL SERIOUS oleh TPAD