Transformasikan Pengangkutan Awam Darat yang Cekap, Lestari, dan Berdaya Saing
TPAD adalah sebuah persatuan yang berperanan untuk menyokong, memajukan, dan merancang transformasi dalam sektor pengangkutan awam darat. Kami komited dalam memperkenalkan inisiatif dan teknologi terkini bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia.
Latar Belakang
SEJARAH PENUBUHAN
TPAD ditubuhkan pada 22 August 2024 (No Pertubuhan : PPM-096-10-26082024) dengan tujuan untuk menyatukan pihak berkepentingan dalam sektor pengangkutan awam darat, termasuk pihak kerajaan, pengendali pengangkutan, dan masyarakat awam, bagi mencapai penyelesaian yang inovatif dan lestari.
MISI
- Penyelarasan Kadar Tambang Kebangsaan Memperjuangkan penstrukturan semula kadar tambang yang adil bagi sektor E-hailing, P-hailing (Lalamove/Food Delivery), dan Transporter bagi memastikan pulangan pendapatan yang bermaruah selari dengan kos sara hidup semasa.
- Kebajikan Proteksi & Subsidi Risiko Mendesak agar kos Insurans E-hailing diserap sepenuhnya oleh pihak Platform atau melalui inisiatif Subsidi Kerajaan, serta memastikan pelaksanaan Subsidi Petrol (seperti BUDI95) diagihkan secara bersasar dan adil kepada semua penggiat industri.
- Autonomi Pemandu & Sistem I.A.A (Individual Assign Accept) Menuntut penghapusan sistem Auto-Accept yang bersifat memaksa dan memperkenalkan sistem Individual Assign Accept (I.A.A) bagi mengembalikan hak kebebasan kepada pemandu untuk memilih tugasan tanpa diskriminasi algoritma.
- Reformasi Struktur Komisen & Caj Platform Menuntut penurunan kadar komisen kepada peratusan yang lebih rendah dan berpatutan, atau beralih kepada model Langganan Bulanan (Monthly Subscription) bagi mengurangkan beban potongan pendapatan harian pemandu.
- Advokasi Perundangan & Hak Asasi Pemandu Bertindak sebagai suara rasmi dalam melindungi ahli daripada penindasan pihak berkuasa atau platform melalui bantuan guaman dan rundingan terus dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) serta APAD.
- Sistem Bidding perlu diperhalusi tanpa memudaratkan pasaran dan ekosistem sektor ehailing.
- Keselamatan Pemandu Perlu terjamin dengan penambahbaikan s.o.p yang baru dari KDN supaya pemandu kita tidak menjadi mangsa dalam kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Penumpang. Wajibkan salinan ic/passport Penumpang supaya mencegah jenayah.
VISI
Transformasikan Sistem Pengangkutan yang sedia ada dan menjaga Kebajikan Hal Ehwal Pemandu / Pekerja / Transporter dari semua sektor Pengangkutan Awam Darat
Inisiatif & Program
Latihan & Pembangunan
Info lanjut..
- Kami menyediakan kemas kini dan faedah untuk pemandu kami
- Memperkenalkan Pembangunan Latihan – Tingkatkan Pendapatan secara konsisten
- Pembantu Pemimpin apabila Diperlukan
Menyelesaikan Isu Teknikal Aplikasi
Info lanjut..
- Kegagalan Pengeluaran Tunai (Cash Out) / Wallet sehingga RM1500
- Pertikaian Tambang, Insentif & Komisen
- Kesilapan Potongan Insurans & Bayaran Balik
- Tuntutan Kes Penipuan Tambang Bernilai Tinggi sehingga RM800
- Rayuan untuk Penggantungan Akaun yang Tidak Adil
- Rayuan untuk (Permanent Ban)
- Siasatan Pemadaman Akaun Tanpa Sengaja
- Pembaharuan & Kemas Kini Permit Kenderaan E-hailing (EVP)
- Penukaran Permit EVP pada Kenderaan yang Sama
- Pembatalan & Daftar EVP
- Penstrukturan Semula Pinjaman untuk Rakan Kongsi dengan Masalah Kesihatan
- Pengurusan Kes Sensitif & Berprofil Tinggi
- Waktu Kemalangan – TEAM ASSISTANCE
- Kelewatan Pengaktifan Akaun Baharu
- Kegagalan Kemaskini Dokumen (PSV, IC, dll.)
- Permohonan Tukar Bandar Utama / Zon Servis
- Pembetulan Profil & Komisen OKU
Fahami kepuasan dan cabaran pengguna semasa dengan pengangkutan awam
Info lanjut..
Kumpulkan pandangan daripada pemandu dan pengendali untuk penambahbaikan
Kerjasama dengan Pemain Pasaran Sektor GIG
Info lanjut..
1. Latihan dan Pensijilan Pemandu
Pembangunan Kemahiran:
Bekerjasama dengan platform gig (cth., perkhidmatan pengangkutan, penghantaran) untuk menyediakan latihan khusus untuk pemandu dalam bidang seperti perkhidmatan pelanggan, keselamatan dan kecekapan. Program Pensijilan: Membangunkan program pensijilan jenama bersama yang mengesahkan kepakaran pemandu, meningkatkan kredibiliti dan kebolehpasaran mereka merentas platform.
2. Advokasi untuk Dasar Adil
Pampasan Adil:
Bekerjasama dengan platform gig untuk menyokong struktur pembayaran yang telus dan adil. Hak Pemandu: Bekerjasama untuk memperbaiki keadaan kerja, seperti insurans, cuti berbayar atau faedah persaraan untuk pekerja gig.
Aktiviti & Informasi TPAD (Versi Kemaskini 2026)
Info lanjut..
1. Kelestarian Ekonomi TPAD
TPAD berhak menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang sah—termasuk jual beli, pelaburan, penyewaan, serta pemilikan harta alih dan tidak alih—bagi memastikan kelangsungan persatuan. Penjanaan ekonomi yang mandiri adalah teras utama untuk menyokong segala Kos Operasi dan Dana Advokasi tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan luar.
2. Tadbir Urus & Sumber Kewangan
Semua dana pertubuhan akan diuruskan secara telus bagi mencapai objektif persatuan, merangkumi belanja pentadbiran, bayaran gaji kakitangan, elaun khas , bulanan, dan pembiayaan program ahli. Sejajar dengan ketetapan organisasi, TPAD Memastikan intergriti kewangan melalui Perlantikan Accountant dan Juru Audit Bertauliah untuk menyemak dan mengesahkan perbelanjaan Tahunan
3. Had Kuasa & Etika Industri
Persatuan dan ahli-ahlinya dilarang sama sekali daripada menghalang atau mengganggu urusan perniagaan pihak lain atau memanipulasi harga barangan secara tidak sah. TPAD komited untuk bergerak sebagai badan advokasi profesional dan tidak akan mengambil peranan sebagai kesatuan sekerja (trade union) di bawah definisi Akta Kesatuan Pekerja 1959.
4. Integriti Pengurusan Keuntungan
Segala keuntungan daripada aktiviti ekonomi akan disalurkan kembali kepada dana pembangunan pertubuhan dan tidak boleh dibahagikan sebagai bonus atau faedah tunai terus kepada ahli. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tetap membenarkan pembayaran gaji / elaun yang adil dan tuntutan perbelanjaan pentadbiran yang sah kepada mana-mana ahli atau pekerja yang menjalankan tugas untuk persatuan.
Persatuan TPAD Terbuka kepada semua golongan pemandu
E-hailing
P-hailing
Delivery Riders
Bas
Lori
Van
Teksi
Kereta Sewa
Aktiviti & Informasi
Kegiatan Ekonomi TPAD
Boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa , memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. TPAD juga perlu ada penjanaan Ekonomi bagi menyokong segala Kos Operasi TPAD.
Sumber Kewangan TPAD
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan , termasuklah belanja pentadbiran , bayaran gaji , biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit
Larangan & Informasi
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi didalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
Larangan & Informasi
Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaan dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja pertubuhan.
Berita
Video
FAQ RASMI TPAD
TPAD (Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat) adalah persatuan rasmi yang ditubuhkan pada 22 Ogos 2024 (PPM-096-10-26082024) untuk menyatukan dan memperjuangkan hak pemandu e-hailing, p-hailing, teksi, bas dan logistik di Malaysia. TPAD bukan sekadar persatuan — ia adalah gerakan rakyat yang membawa suara pemandu ke peringkat tertinggi termasuk kementerian dan Parlimen.
TPAD ditubuhkan hasil desakan akar umbi pemandu yang mahukan:
- Suara rasmi yang diiktiraf
- Perlindungan lebih adil
- Reformasi struktur industri gig
- Rundingan terus dengan kementerian , agensi kerajaan dan platform
Dari suara TikTok “I Am Nathan” hingga menjadi entiti rasmi, TPAD lahir kerana pemandu perlukan landasan bersama.
MANFAAT MENJADI AHLI TPAD
1. Bantuan Penyelesaian Kes (Case Handling Support)
Setakat February 2026:
✅ 300+ kes berjaya diselesaikan
Melibatkan platform seperti Grab, InDrive, Lalamove, GV Ride, Bolt & AirAsia Ride.
Antara kes yang diselesaikan:
- Akaun digantung / permanent ban
- Kelewatan aktif akaun baru
- Masalah EVP & pembaharuan permit
- Cashout gagal sehingga RM1500
- Pertikaian tambang sehingga RM800
- Isu “online tapi tiada job”
- Pelbagai isu
- Teknikal rumit
- Rayuan tatatertib
- Kes kemalangan & bantuan kecemasan
TPAD bukan sekadar beri nasihat — TPAD turun padang dan follow-up sehingga selesai.
2. Wakil Rasmi Dalam Rundingan Kerajaan
TPAD telah:
- Menyerahkan 21 tuntutan reformasi gig kepada MOT , KESUMA, MOF dan KPDN
- Jalinkan Kerjasama yang baik antara semua platform E-hailing dan P-hailing & Agensi kerajaan ( KWSP ) , Kementerian
- Terlibat dalam Townhall KESUMA mengenai Akta Pekerja Gig 2025
- Mengadakan pembentangan rasmi memorandum sebanyak 4 kali
Suara ahli dibawa terus ke:
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- APAD
- KESUMA
- MOF
- KPDN
- Parlimen Malaysia
3. Advokasi & Perubahan Dasar
Antara perjuangan utama:
- Harga lantai (minimum fare)
- Penghapusan Auto Accept →
- Individual Assign & Accept (IAA)
- Komisen lebih adil
- Insurans e-hailing diserap / disubsidi ATAU dikurangkan dengan munasabah
- Perlindungan kebajikan Pemandu melalui Akta Pekerja Gig
Pada 27 Ogos 2025, Memorandum TPAD diterima secara rasmi di Parlimen, dan keesokan harinya RUU Akta Pekerja Gig diluluskan.
Ini membuktikan kesatuan suara pemandu mampu mengubah dasar negara.
4. Komuniti & Solidariti Nasional
TPAD telah mengadakan:
- Jelajah seluruh negara (Shah Alam, Penang, Perak, Johor Bahru)
- Himpunan Martabatkan Pemandu
- Sesi latihan GSF & strategi tambah pendapatan
- Podcast industri & forum kesedaran
- Program kebajikan ahli kemalangan
- Pemandu ditangkap pun – kita bela nasib pemandu sehingga dibebaskan sepenuhnya
Ahli tidak lagi bersendirian — ada komuniti yang berdiri bersama.
KEJAYAAN & IMPAK TPAD
Kejayaan Struktur & Dasar
- 21 tuntutan rasmi diserahkan kepada MOT
- Mesyuarat rasmi dengan pegawai tertinggi kementerian
- Hubungan strategik dengan platform utama
- Sokongan terbuka terhadap RUU Akta Pekerja Gig 2025
- Pengiktirafan sebagai suara rasmi pemandu dalam dialog industri
Kejayaan Penyelesaian Kes
Statistik 2025:
- 30% kes: Pengurusan akaun & profil
- 25% kes: Isu pembayaran & komisen
- 20% kes: Masalah teknikal aplikasi
- 15% kes: Rayuan penggantungan
- 8% kes: Permit & EVP
- 2% kes: Sokongan kebajikan & kes khas
Banyak kes yang gagal diselesaikan selama berminggu-minggu oleh individu, diselesaikan dalam masa 24 jam – 3 hari selepas campur tangan TPAD
TESTIMONI KEJAYAAN AHLI
Berikut antara pengalaman sebenar ahli:
- Akaun InDrive digantung 2 minggu → selesai dalam 1 jam
- Akaun Lalamove tidak aktif 3 minggu → selesai dalam 8 jam
- Isu tukar kenderaan & deactivation → selesai dalam 2 hari
- Isu EVP & road tax → selesai dalam 3 hari
- Akaun block 1 bulan → aktif semula dalam 5 hari
- Insurans tamat & gagal upload dokumen 2 bulan → selesai <24 jam
Ramai ahli menyatakan mereka akhirnya ada tempat untuk bersuara dan mendapatkan tindakan segera.
SOALAN SENSITIF
Tidak.
TPAD mengamalkan pendekatan profesional & rundingan dua hala.
Walaupun menegur polisi yang tidak adil, TPAD mengekalkan hubungan strategik dan profesional dengan platform.
Matlamat TPAD bukan konfrontasi — tetapi reformasi berstruktur
Ya. TPAD berdaftar secara rasmi di bawah ROS dengan nombor: PPM-096-10-26082024
Terbuka kepada:
- Pemandu e-hailing
- P-hailing
- Teksi
- Bas
- Van
- Lori / logistik
Layari: www.tpadofficial.com , click daftar atau Pendaftaran Secara Manual
Whatsapp ‘Hi” to 0125422114
Buat pembayaran ke akaun Persatuan TPAD:
- Hong Leong Bank: 31200051047
Seterusnya, hantar butiran berikut kepada kami:
- Nama:
- No. IC:
- Alamat Penuh:
- Email:
- No. Telefon:
Jumlah Pembayaran
- Pakej Biasa RM46
Hantar slip pembayaran dan butiran di atas ke:
- No. Telefon Persatuan: 012-5422114
- Email: tpadofficial@gmail.com
Hubungi Kami Untuk Info Lanjut
TPAD sedia berkhidmat untuk anda
Waktu Operasi
- Isnin - Jumaat (9am-5pm)
- Sabtu, Ahad & Public Holiday - Cuti
- Remarks - Semua urusan hanya Melalui Whatsapp sahaja, No Direct Call.
